kecoh satu malaysia bila seorang YB berbangsa cina,agama tak tahu buddha ke cristian masuk ke dalam dewan solat masjid menyampaikan "tazkirah" dan bantu yang DIPERLUKAN oleh masjid tersebut.Adakah menjadi dosa kepada seluruh umat islam di Malaysia umumnya dan ahli kariah masjid tersebut amnya apabila seorang yang bukan beragama islam masuk kedalam dewan solat sesebuah masjid?harap alim ulama perjelaskan kepada kami yang serba tidak mengetahui ini.
YB tersebut salah juga kerana masuk kedalam masjid,lagi-lagi kedalam dewan solat serta menyampaikan ucapan atau "tazkirah" tidak menutup kepala,rambut adalah aurat wanita didalam islam dan sekurang-kurangnya YB tersebut haruslah memakai skaf atau selendang di kepala.Mungkin YB tersebut berniat baik tetapi cara perlaksanaannya terdapat kesilapan dan kekurangan yang diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan isu supaya rakyat malaysia dan umat islam amnya berada didalam keadaan keliru.
Itu isu orang bukan islam masuk kedalam masjid,bagi sesetengah pihak ianya adalah kesalahan besar dan berdosa bagi mereka yang terbabit.bagaimana pula seorang WANITA yang BERAGAMA ISLAM masuk kedalam masjid dan hanya menutup sebahagian kepala sehingga menampakkan rambut dan ianya disedari dan disengajakan?bukankah wanita tersebut telah membuka auratnya ketika masuk kedalam rumah Allah?mengapa pekara ini masih berterusan dan seharusnya ditanggani oleh pihak pemerintah?kerana ia juga dilakukan oleh kebanyakan isteri-isteri dan ahli keluarga pemerintah yang sedia ada?kerana isteri-isteri mereka meminati penyanyi Jefferidin sehingga mengikuti inggin ada jambul sejemput dan ingin ditayang kepada semua orang?
sesungguhnya Allah swt MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL
Friday, August 27, 2010
Sunday, August 15, 2010
ladadom: lagi-lagi buang bayi..
ladadom: lagi-lagi buang bayi..: "dari awal tahun hingga ke hari ini kita sering diberitakan dengan kes pembuangan bayi,dan sehingga hari ini,16.08.2010 sebanyak 64 kes (kala..."
lagi-lagi buang bayi..
dari awal tahun hingga ke hari ini kita sering diberitakan dengan kes pembuangan bayi,dan sehingga hari ini,16.08.2010 sebanyak 64 kes (kalau tak salah) kes pembuangaan bayi dilaporkan.bermacam-macam cerita kita dengar mengenai kejadiaan ini,rakyat marah lah,menteri naik angin la hingga ada arahan dari kabinet untuk mendakwa kes ini dibawah akta 302 kanun keseksaan,lepas itu lain pulak cerita.kena teliti kes dahulu lah sebelum didakwa dibawah kanun keseksaan lah,pe lah. kalau lah kita jumpa mayat bayi di dalam tangki najis,tepi sungai,dalam semak,depan masjid atau dimana sahaja ia adalah kes bunuh.apa beza kita jumpa mayat bayi didalam semak dengan kita jumpa mayat orang dewasa didalam semak yang kena bunuh,sama saja dan jika mayat itu adalah bayi sudah tentu ia adalah kes buang bayi,tak kan bayi yang masih bertali pusat mampu berjalan ke tepi semak sebelum mati disitu.ia sudah tentu dibuang oleh mak bapak bayi itu yang bersifat lebih teruk dari binatang.hukuman mati adalah hukuman terbaik dan paling adil kepada mereka yang terbabit didalam kes ini,tidak kira lah jika bayi itu telah mati ketika bersalin,mereka ini terutama ibubapa bayi itu harus dihukum dengan hukuman yang seadilnya.
kerajaan dan media juga harus memainkan peranan bagi mengurangkan atau menghapuskan gejala yang amat mengaibkan ini dari beleluasa.kerajaan seharusnya menghalang media dari melaporkan kejadian-kejadian ini dari pengetahuan umum.ini kerana dengan laporan-laporan dari media,gejala ini lama kelamaan menjadi satu fenomena biasa kepada rakyat.seperti penyalahgunaan dadah jenis sintetik,pada peringkat awal gejala ini dinegara ini ia dilaporkan oleh media-media seolah-olah seperti ancaman yang amat menakutkan,tetapi makin kelamaan ia dilaporkan ia telah menjadi seperti gejala dadah jenis lama seperti heroin,ganja.kerana apa?kerana orang ramai telah tahu mengenainya dan tidak ada apa yang menakutkan lagi mengenainya.didalam kes pembuangan bayi,ia terlalu dipromosikan sehingga mereka-mereka yang AKAN terlibat dalam kes ini hanya perlu memikirkan bagaimana,bila,dimana tempat yang paling selamat untuk mereka membuang bayi mereka ini agar tidak diketahui dan dijumpai.oleh sebab itulah sekarang ini kita dikejutkan dengan berita-berita bayi dijumpai didalam tangki najis,tempat tadahan air di tepi kondominium,tempat-tempat yang tidak difikirkan oleh kita sebelum ini.
kita diamkan kes ini bukanlah bermaksud kita menutup mata dan membiarkan kes ini menjadi budaya kita,tetapi kita diamkan dari pengetahuan umum sahaja.kita mempunyai pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang bersalah.kita diamkan untuk menghalang kejadian yang menyedihkan ini dari menjadi barah didalam masyarakat kita.mencegah lebih elok dari merawat.ia adalah salah satu cara kita mencegah dari terus berleluasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)